Sambal Tahun Kulit Lembu
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
500 gm kulit lembu siap proses
1/2 cawan cili padi, tumbuk kasar
2 inci lengkuas muda, hiris nipis
1 asam keping
3 cawan air
2 cawan santan pekat
1 cawan terung pipit, jika suka
2 sudu kecil garam

Bahan Kisar
1/2 cawan udang kering
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih

Penyediaan :
  1. Tumis bahan kisar hingga naik bau.
  2. Masukan lengkuas dan kulit lembu.
  3. Tambah air. masukan terung pipit dan cili api.
  4. Bila mendidih masukan santan pekat.
  5. Masukan asam keping dan garam.
  6. Biar mendidih seketika dan angkat.

Sambal Tahun Kulit Lembu