Ubikayu Sira
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
500 gm ubikayu ⁣
4 cawan air
1/2 sudu teh garam

Kuah
200 gm.gula merah / gula melaka
2 sudu besar gula pasir⁣
1/2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 cawan air
1/4 sudu teh garam
2 helai dun pandan⁣
2 sudu besar tepung ubi, larutkan dengan sedikit air.⁣

Sos Santan
200 ml santan (1 kotak kecil)
100 ml air
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar tepung beras, larut dengan sedikit air
Penyediaan :
  1. Rebus ubi dengan sedikit garam hingga empuk, tos dan ketepikan.
  2. Dalam periuk, rebus bahan kuah kecuali larutan tepung ubi.
  3. Masukkan ubi yang di rebus dan reneh hingga kuah meresap.
  4. Apabila kuah tinggal separuh, masukkan larutan tepung ubi dan gaul rata.
  5. Angkat dan tuang sos santan.
  6. Satukan semua sos santan kecuali bancuhan tepung beras.
  7. Apabila mendidih, tuang larutan tepung beras dan kacau hingga hampir pekat.

Ubikayu Sira