Biskut Tart Nanas Ketupat
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
250 gm marjerin Planta
3 sudu besar sudu pekat manis
1/2 sudu kecil pandan emulco
1/2 sudu kecil pewarna hijau
1 kuning telur
40 gm tepung jagung
370 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder

Jem nenas siap pakai - boleh di beli di pasaraya
Manik gula untuk hiasan
Penerap biskut bentuk Diamond / Segi

Penyediaan :
  1. Ayak tepung gandum, baking powder dan tepung jagung.  Ketepikan.
  2. Kacau marjerin, susu pekat, dan kuning telur hingga berkrim.
  3. Masukkan pandan emulco dan pewarna hijau.  Sebatikan.
  4. Masukkan tepung sedikit-sedikit dan uli menjadi doh yang lembut.
  5. Ambil doh sebesar ibu jari (10gm) leperkan dan letak jem nenas di tengahnya.
  6. Bulatkan dan tekan ke dalam penerap biskut.
  7. Keluarkan dan buat garis bersilang menggunakan spatula.
  8. Tabur sedikit manik gula hiasan.
  9. Bakar selama 20 - 25 minit pada suhu 150C bergantung pada oven.
Biskut Tart Nanas Ketupat