Bok Choy dan Cendawan Sos Tiram

By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
Sayur Bok Choy, belah empat
Cendawan Shitake, hiris
1/4 sudu teh serbuk lada hitam

Bahan Sos
3 ulas bawang putih, cincang
1/2 inci halia, hiris
2 sudu besar minyak masak
1 1/2 sudu besar sos tiram
1/2 cawan air
1 sudu kecil tepung jagung, bancuh sedikit air

Cara-cara :
  1. Didihkan air, masuk minyak dan gula untuk jadikan sayur berkilat dan segar.
  2. Celur Bok choy sebentar.
  3. Angkat dan masuk ke dalam bekas berisi air sejuk.  Toskan.
  4. Susun bok choy dalam pinggan.  Ketepikan.
  5. Dalam kuali, tumis cendawan hiris dengan sedikit minyak.
  6. Tambah serbuk lada hitam, gaul rata.
  7. Angkat dan letak di atas bok choy. Ketepikan.
  8. Untuk membuat sos, tumis bawang putih dan halia hingga perang dan wangi.
  9. Masukkan sos tiram dan air.
  10. Apabila mendidih masukkan bancuhan tepung jagung.
  11. Sesuaikan kepekatan sos, jangan terlalu pekat.
  12. Kacau dan tuang keatas sayuran.
Bok Choy dan Cendawan Sos Tiram