Cendawan Goreng Mentega

By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
300 gm cendawan butang segar
1 sudu besar minyak zaitun
3 sudu besar mentega
1 sudu besar minyak bawang putih
1 biji bawang Holland, potong bulat
2 ulas bawang putih, cincang
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1/4 cawan hirisan daun parsley


Penyediaan :
  1. Panaskan minyak zaitun dan mentega.
  2. Tumis bawang holland hingga layu.
  3. Masuk bawang putih, goreng sebentar.
  4. Masuk cendawan, goreng dengan api besar.
  5. Kacau hingga cendawan lembut.
  6. Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam.
  7. Tuang minyak bawang putih dan gaul rata.
  8. Akhir sekali, tabur dengan hirisan daun parsley.

Cendawan Goreng Mentega