Terung dan Cendawan Goreng Sos Tiram
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
3 buah terung panjang, belah dan potong
10 biji cendawan shitake, hiris
5 ulas bawang putih, cincang
1/2 in halia, hiris
1 tangkai cili merah, cincang
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap cair
1 sudu kecil bancuhan tepung jagung
Minyak untuk menumis

Penyediaan :
  1. Goreng terung hingga lembut, angkat dan toskan.
  2. Tumis bawang putih dan halia hingga wangi.
  3. Tambah cili dan cendawan hiris.
  4. Goreng dengan api besar sebentar.
  5. Masuk terung yang di goreng tadi.
  6. Perasa kan dengan sos tiram dan kicap cair.
  7. Akhir sekali masuk bancuhan tepung jagung.
  8. Goreng sebentar dan angkat.

Terung dan Cendawan Goreng Sos Tiram