Udang Kukus Cina
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
250 g udang, dibersihkan
50 g Soo Hun, direndam air suam
2-3 keping kubis cina, dihiris kasar
1 sudu besar parutan lobak merah
3 keping cendawan black fungus, rendam dan hiris
8 ulas bawang putih, dicincang
1 tangkai daun bawang hiris
Daun ketumbar

Kuah :
2 sudu besar kicap masin
1/2 sudu kecil gula
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
100 ml air

Cara Penyediaan:
  1. Rendam Soo Hun dalam air selama 30 minit dan toskan.
  2. Dalam periuk kecil, tumiskan bawang putih dengan sedikit minyak sehingga bau naik. 
  3. Masukkan kesemua bahan kuah lain dan tutup api.
  4. Susunkan soo hun dalam pinggan tahan haba.
  5. Letakkan kubis cina, carrot, cendawan dan udang.
  6. Tuangkan kuah atas udang dan bahan lain dalam pinggan.
  7. Panaskan pengukus hingga air mengelegak, kukus selama 7-8 minit.
  8. Hiaskan dengan taburan daun ketumbar.

Udang Kukus Cina