NOUGAT BUTTER COOKIES
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

BAHAN ADUNAN MENTEGA
300 gm mentega tawar
120 gm gula caster
1 biji telur A
1/4 sudu teh garam
1 sudu kecil esen vanilla 

PERISA VANILLA :
87 gm tepung gandum

PERISA STRAWBERRY :
80 gm tepung gandum
7 gm serbuk strawberry

PERISA MATCHA :
80 gm tepung gandum
5 gm serbuk teh hijau (matcha)

PERISA CHOCOLATE :
80 gm tepung gandum
7 gm serbuk koko
Cara-cara :
  1. Putar mentega dan gula hingga sebati.
  2. Tambah telur, garam dan esen vanilla.
  3. Gaul hingga menjadi adunan yang lembut.
  4. Bahagi adunan kepada 4 bahagian (115 gm setiap satu)
  5. Tambah adunan mentega kepada 4 perisa, plain vanilla, strawberry, matcha and chocolate.
  6. Masuk setiap adunan ke dalam piping bag.
  7. Pipe bentuk cincin dengan nozzle bintang 5cm.
  8. Letak Nougat di tengah.
  9. Bakar api bawah selama 15 minit pada suhu 150 Celsius.
  10. Alih ke rak atas dan bakar selama 5 minit lagi.

ALMOND NOUGAT :
100 gm kepingan Almond
70 mentega tawar
70 gm gula pasir
70 gm Madu

Cara-cara :
  1. Masak gula hingga menjadi karamel.
  2. Tambah mentega dan madu, kacau rata.
  3. Tambah kepingan Almond, gaul hingga bersalut rata.
  4. Sejukkan dahulu dan gentel bulat 3 gm setiap satu.

NOTA : 
Biskut ini melekat, guna silicon mat atau alas non stick baking paper.
Apabila biskut telah suam, guna spatula untuk mengeluarkan biskut.
Jangan biarkan biskut terlalu sejuk kerana mudah patah bila diangkat.

Nougat Butter Cookies