Tiramisu Chocolate Chips Cheese Cookies
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Filling Cream Cheese :
200 gm Cream Cheese (suhu ruang)
40 gm gula Caster
1 sudu teh tepung jagung

Cara-cara :
Mixer cream cheese dengan gula hingga sebati. 
Tambahkan tepung jagung, gaul rata. 
Masukkan dalam piping bag.
Picit atas diatas loyang, bekukan dalam frezer Sebelum digunakan.

Adunan Biskut Tiramisu :
125 gm Mentega atau Marjerin
100 gm gula perang
2 paket NESCAFE 3 in 1
1 biji telur
200 gm tepung gandum
20 gm susu tepung
30 gm NESTUM, ramas halus
1/4 sudu teh baking soda
100 gm dark chocolate chips

Loyang alas baking paper

Cara-cara  :
  1. Putar mentega, gula dan Nescafe hingga sebati.
  2. Masuk kan telur dan putar hingga bergaul rata.
  3. Tambah tepung, Nestum, susu tepung dan baking soda. 
  4. Tambah chocolate chips, gaul rata hingga menjadi doh yang lembut.
  5. Simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.
  6. Ambil adunan 20 gm dan leperkan.
  7. Isi filling cream cheese di tengahnya dan bulatkan.
  8. Susun berjarak dalam loyang kerana adunan akan mengembang.
  9. Bakar dalam oven pada suhu 170C selama 10 - 15 minit.
  10. Biskut akan mengeras sendiri setelah sejuk.

Tiramisu Chocolate Chips Cheese Cookies