Kepah Kerisik Kari Merah
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
500 gm kepah, cuci bersih
200 ml susu cair
300 ml air
3 sudu besar sos ikan
1 sudu kecil gula kabung
1 biji limau nipis, ambil jusnya
2 sudu kecil garam
2 helai daun limau purut
1 sudu besar kerisik
Minyak untuk menumis

Bahan Kisar

5 tangkai cili kering, rebus dan toskan
2 tangkai cili merah, potong kecil
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang serai, ambil bahagian putih


Cara-cara :
  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
  2. Masukkan air dan susu cair, kacau rata.
  3. Masukkan kepah dan daun limau purut, tutup periuk dan reneh sebentar.
  4. Apabila kulit kepah terbuka, tambah kerisik, sos ikan, jus limau, garam dan gula.
  5. Hidang dengan nasi putih.

Kepah Kerisik Kari Merah