Sup Ayam Thai / Tom Kha Gai
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan⁣
200 gm isi dada ayam, potong kiub
50 gm cendawan butang, hiris
500 ml air
100 ml susu cair
2 batang serai, ketuk
6 helai daun limau purut⁣
1 inci lengkuas⁣, hiris
6 tangkai cili api (diketuk)⁣
1 biji tomato, belah 6
2 sudu besar sos ikan⁣
2 sudu besar jus limau nipis
2 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula

Sedikit daun ketumbar (dipotong kasar)⁣

⁣Cara-cara :
  1. Masukkan air, serai, lengkuas, cili, dan daun limau purut ke dalam periuk dan didihkan.⁣
  2. Setelah mendidih, masukkan cendawan dan isi ayam. 
  3. Masak dengan api sederhana sehingga ayam masak.⁣
  4. Tambahkan susu cair, jus limau dan sos ikan.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.⁣
  6. Taburkan daun ketumbar sebelum di hidang.

Sup Ayam Thai / Tom Kha Gai