KARI MEATBALL QUICHE
By Kak Wan @ Wan Resipi

KARI MEATBALL:
1 bungkus PES KARI DAGING CHEF-KU
100 gm Meat Ball
50 gm bawang Holland dadu
1 sudu kecil pes halia
1/4 cawan air
1/4 cawan santan
2 sudu besar minyak masak
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil gula

Hirisan Cili Merah dan Daun Ketumbar untuk hiasan

BANCUHAN TELUR:
40 ml whipping cream
60 ml susu cair
1 biji telur, kocok ringan


PENYEDIAAN KARI MEATBALL:
  1. Panaskan minyak, tumis bawang dan pes halia hingga wangi.
  2. Masukkan meatball dan air. Masak sebentar.
  3. Masukkan santan dan PES KARI DAGING CHEF-KU.
  4. Tambah sedikit garam dan gula.
  5. Masak hingga kuah hampir kering.
  6. Sejukkan dahulu.

KULIT TART:
200 gm tepung gandum
100 gm Marjerin
1 kuning telur
3 sudu besar air ais

PENYEDIAAN KULIT TART:

  1. Satukan Marjerin dan tepung.
  2. Gaul rata dan masukkan kuning telur dan air ais.
  3. Uli hingga menjadi doh yang lembut.
  4. Bungkus dan simpan di dalam peti sejuk selama 30 minit.
  5. Kemudian tekan ke dalam acuan tart dan trim lebihannya.
  6. Cucuk dasarnya dengan garpu.
  7. Oven selama 20 minit pada suhu 170C.
  8. Sejuk kan dahulu.
  9. Satukan bancuhan telur, kocok ringan.
  10. Isikan meatball ke dalam kulit tart
  11. Tuang sedikit bancuhan telur.
  12. Tabur sedikit cili hiris dan daun ketumbar.
  13. Oven selama 15 minit hingga bancuhan telur masak.

KARI MEATBALL QUICHE