KUIH KUBA GULING
By Kak Wan @ Wan Resipi

BAHAN A:
2 sudu besar Serbuk Arang (Charcoal Powder) boleh di beli di bakeri
2 cawan Air
- Larutkan Serbuk Arang dan Air, kemudian tapis

BAHAN B:
2 1/2 cawan Tepung Beras
1/3 cawan Tepung Ubikayu
5 1/2 cawan Air
1 sudu besar Air Kapur pekat
1 cawan Gula Melaka, racik halus
1/2 cawan Gula Pasir
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu besar Minyak

Loyang 10x10 in - oles sedikit minyak
1 bii kelapa parut di gaul dengan 1 sudu kecil garam dan kukus selama 10 minit. 


PENYEDIAAN:
  1. Satukan tepung beras dan tepung ubi.
  2. Masukkan air, air kapur dan air arang.
  3. Tapis ke dalam periuk tebal. 
  4. Masukkan gula, gula melaka dan garam.
  5. Kacau sentiasa dengan api sederhana hingga pekat berkilat.
  6. Bila adunan kental, masukkan minyak dan kacau sebati.
  7. Tuang dalam loyang dan ratakan.
  8. Setelah sejuk, potong dan gaul dengan kelapa parut.

KUIH KUBA GULING