MASAK LEMAK PUTIH CENDAWAN ENOKI DAN TAUGEH
By Kak Wan @ Wan Resipi

BAHAN-BAHAN :
600 ml Santan sederhana pekat
100 gm Cendawan Enoki
150 gm Taugeh
30 gm Udang Kering, rendam
3 ulas bawang Merah
2 ulas Bawang Putih
1 tangkai Cili Merah
5 tangkai Daun Kuchai
1/2 sudu kecil Garam
1/2 sudu kecil serbuk perisa lada hitam @AJI-SHIO
1/4 sudu kecil AJINOMOTO


PENYEDIAAN :
  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan udang kering hingga halus.
  2. Masuk ke dalam periuk bersama santan dan cili merah.
  3. Masak hingga mendidih.
  4. Perasakan dengan garam, serbuk lada hitam AJI-SHIO dan AJINOMOTO.
  5. Tutup api dan masukkan Taugeh, Cendawan Enoki dan daun kuchai. Gaul rata.
  6. Tutup periuk, biarkan haba dalam periuk melembutkan taugeh dan enoki.

MASAK LEMAK PUTIH CENDAWAN ENOKI DAN TAUGEH