Di Taiwan sejenis Crepe yang dipanggil Jianbing adalah makanan jalanan dan sarapan pagi kegemaran orang Taiwan dan pelancung yang berkunjung ke sana.
Jianbing bermaksud "pancake goreng. Diperbuat daripada telur dan tepung gandum dan di goreng nipis garing, Crepe ini ditambah dengan pelbagai bahan berbeza daripada hirisan daging salai, sosej dan kuih goreng cina (Youtiao).
Untuk crepe wrapwich ini, saya menggantikan Crepe dengan Mission Foods Malaysia MISSION WRAP, menutupinya dengan telur dan hasilnya mendapat wrap yang lembut, krispi di dalam dan garing di luar. Sarapan menjadi lebih mudah tanpa perlu menyediakan crepe lagi.

TAIWAN JIANBING CREPE WRAPWICH
By Kak Wan @ Wan Resipi
BAHAN-BAHAN:
3 batang Chinese Youtiao, siap guna
3 keping MISSION WRAP CHIA
3 batang Sosej, panggang
1 sudu makan Mentega
3 biji telur besar
3 sudu makan Sos Hoisin
3 sudu teh minyak cili
1 sudu makan Bijan panggang
1 daun bawang, hiris halus
1 daun Ketumbar, hiris halus
2 helai Daun Salad Lettuce, hiris halus
By Kak Wan @ Wan Resipi
BAHAN-BAHAN:
3 batang Chinese Youtiao, siap guna
3 keping MISSION WRAP CHIA
3 batang Sosej, panggang
1 sudu makan Mentega
3 biji telur besar
3 sudu makan Sos Hoisin
3 sudu teh minyak cili
1 sudu makan Bijan panggang
1 daun bawang, hiris halus
1 daun Ketumbar, hiris halus
2 helai Daun Salad Lettuce, hiris halus
PENYEDIAAN:
- Goreng Youtiao hingga krispi dan ramas kasar.
- Panaskan kuali nonstick dengan sedikit mentega.
- Letak sekeping MISSION WRAP dan panaskan selama 15 saat.
- Pecahkan sebiji telur di atasnya dan ratakan hingga menutupi Wrap.
- Tabur dengan bijan, hirisan daun bawang dan ketumbar.
- Masak dengan api sederhana hingga bahagian bawah garing.
- Angkat dan renjis dengan sedikit minyak cili dan sos Hoisin.
- Letak Youtiao, sosej dan hirisan daun salad.
- Picit sos Hoisin lagi dan gulung wrap dengan kemas.
TAIWAN JIANBING CREPE WRAPWICH