LANGOS KELEDEK UNGU
By Kak Wan @ Wan Resipi

BAHAN-BAHAN:
2 biji Keledek Ungu / Ubi Kentang
3 cawan Tepung Gandum
1 sudu besar Gula
1 1/2 sudu teh Garam
3 sudu besar Minyak Zaitun

LARUTAN YIS:
1 sudu besar Yis Segera
1 sudu kecil Gula
1 cawan Susu suam

Filing yang di sukai: Madu, Cheese, Kaya, Coklat dll

PENYEDIAAN:
  1. Satukan bancuhan yis, tutup dengan plastik wrap hingga berbuih.
  2. Rebus keledek/kentang hingga empuk.
  3. Buang kulit dan lenyek hingga halus.
  4. Gaul sebati bersama Tepung, gula, garam dan minyak zaitun.
  5. Tuang larutan yis dan uli hingga menjadi doh yang lembab dan melekit
  6. Tutup doh dengan plastik wrap, rehatkan selama 2 jam.
  7. Tabur tepung atas papan pencanai
  8. Ambil doh lebih kurang 80-90 gm dan gentel bulat.
  9. Tekan dan leperkan dengan hujung jari hingga nipis.
  10. Goreng hingga keperangan
  11. Toskan dan sapu minyak bawang putih.
  12. Picit madu dan tabur dengan parutan cheese.

LANGOS KELEDEK UNGU