KEREPEK PERIA KATAK
By Kak Wan @ Wan Resipi

BAHAN-BAHAN:
4-5 biji Peria Katak
1/2 sudu besar garam
1 liter Air

TEPUNG SALUTAN:
2 cawan Tepung Beras
2 sudu besar Tepung Ubikayu
1/2 sudu kecil serbuk Kunyit
1 sudu kecil serbuk Cili
1 sudu besar serbuk Kari Daging
1 sudu kecil Garam
1/4 sudu teh serbuk Perasa

PENYEDIAAN:
  1. Cuci peria, potong dan buang biji nya menggunakan sudu kecil.
  2. Sagat nipis2 dan rendam dalam air bercampur garam selama 30 minit untuk mengurangkan rasa pahit.
  3. Siram air paip dan toskan hingga kering.
  4. Satukan bahan-bahan tepung salutan, gaul rata.
  5. Gaulkan sedikit2 hirisan peria ke dalam tepung.
  6. Panaskan minyak yang banyak, masukkan peria satu persatu.
  7. Goreng dengan api sederhana hingga betul2 garing.

KEREPEK PERIA KATAK