BIHUN SUP MUDAH

By Kak Wan @ Wan Resipi

BAHAN-BAHAN:
1 bungkus Bihun
1 keping Dada Ayam atau bahagian lain
1 kiub Pati Ayam
1 uncang Sup Bunjut
2 liter air
1 bungkus Fish Ball / Fish Cake
1 batang Carrot, potong
1/4 Sengkuang, potong
2 sudu kecil serbuk Lada Putih
Minyak untuk menumis

BAHAN KISAR:

5 ulas Bawang Merah
4 ulas Bawang Putih
3 cm Halia

SAMPINGAN:
Bawang Goreng
Daun Sup / Daun Bawang

PENYEDIAAN:
  1. Rendam Bihun dengan air panas hingga lembut, bilas dan toskan.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi.
  3. Masukkan uncang sup bunjut dan serbuk lada putih.
  4. Masukkan dada ayam, tumis hingga masak.
  5. Masukkan air, sengkuang, carrot, kiub pati ayam dan batang daun sup.
  6. Keluarkan dada ayam, sejukkan sebentar dan carik2 isinya.
  7. Perasakan dengan garam secukup rasa.
  8. Hidang bersama Bihun, bahan2 sampingan dan sambal.

SAMBAL KICAP:
10 tangkai Cili Padi
3 ulas Bawang Putih
1/4 cawan Kicap Manis
Garam dan gula secukup rasa

Tumis cili dan bawang putih dengan sedikit minyak hingga layu.
Kisar kasar bersama kicap manis, gula dan garam.


BIHUN SUP MUDAH