PERCIK UDANG HARIMAU
By Kak Wan @ Wan Resipi

BAHAN-BAHAN:
500 gm Udang Harimau
2 sudu kecil Serbuk Kunyit
1/2 inci Halia, ditumbuk
500 ml Santan Pekat
2 keping Asam Gelugur
Gula dan garam
Sedikit Minyak Masak 

BAHAN KISAR:
8 ulas Bawang Merah
4 ulas Bawang Putih
3 batang Serai, ambil bahagian putih
1/2 inci Halia
4 sudu besar Cili Kering kisar


PENYEDIAAN:
Lumurkan udang dengan serbuk kunyit, garam dan halia.
Perapkan selama 20 minit.

KUAH PERCIK:
  1. Masukkan bahan kisar, santan dan asam gelugur di dalam periuk.
  2. Masak dengan api kecil sambil di kacau perlahan-lahan.
  3. Bila mendidih, masukkan garam dan gula secukup rasa.
  4. Masak sehingga pekat kuahnya.
  5. Panggang sebentar udang yang telah diperap, renjiskan sedikit minyak.
  6. Celupkan udang panggang di dalam kuah percik.
  7. Kemudian panggang semula sebentar saja, tidak terlalu kering.
  8. Hidang dengan baki kuah percik dan nasi.

PERCIK UDANG HARIMAU