PULUT PENGAT PISANG
By Kak Wan @ Wan Resipi

BAHAN-BAHAN:
6 biji Pisang Kebatu/Nangka
2 helai daun pandan
2 cawan Santan cair 
2 cawan Santan pekat
1/2 sudu kecil Garam
2-3 keping Gula Melaka
1/4 cawan biji Sagu, siram air

PENYEDIAAN:
  1. Pisang di potong bulat atau menyerong.
  2. Masak bersama santan cair, sagu, gula melaka. garam dan daun pandan.
  3. Masak dengan api perlahan dan masukkan santan pekat.
  4. Apabila mendidih, kacau perlahan-lahan supaya santan tidak berketul.
  5. Angkat dan hidang dengan pulut kukus.

PULUT KUKUS
2 cawan Pulut
2 helai Daun Pandan
1 sudu kecil Garam
2 sudu kecil Gula (optional)
2 sudu besar Minyak Masak

PENYEDIAAN:
  1. Rendam pulut sekurangnya 4 jam.
  2. Panaskan kukusan dan alas dengan daun pandan yang di gunting pendek.
  3. Toskan pulut, kukus selama 20 minit atau setengah masak.
  4. Angkat dan renjiskan air hingga pulut lembab.
  5. Masukkan minyak, garam dan gula, gaul rata.
  6. Kukus semula selama 15-20 minit hingga masak.

Pulut Kukus juga boleh di hidangkan dengan durian, manga, nangka atau ikan kering.


PULUT PENGAT PISANG