RENDANG TOK
By Kak Wan @ Wan Resipi

BAHAN-BAHAN:
1 kg Daging
2 helai Daun Kunyit dihiris halus
1 kg Santan Pekat
1/2 keping Gula Melaka
3 sudu makan Kerisik
2 sudu makan Air Asam Jawa
Garam secukup rasa
1/2 cawan Minyak

REMPAH KISAR - sangai dan kisar kering
1 sudu makan ketumbar
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan jintan putih

BAHAN KISAR:

10 ulas Bawang Merah
5 ulas Bawang Putih
3 sm Lengkuas
3 sm Halia
5 batang Serai
5 biji Buah Keras
5 sudu Cili Kisar
1 sm Kunyit hidup

REMPAH KASAR:
2 batang kayu manis
4 kuntum bunga lawang
5 batang bunga cengkih
6 biji buah pelaga

PENYEDIAAN:

  1. Gaul daging dengan rempah kisar, perap semalaman.
  2. Masukkan daging perap ke dalam kuali dan sedikit air.
  3. Masak dengan api perlahan hingga daging empuk. Angkat dan ketepikan.
  4. Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan rempah kasar (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga) hingga pecah minyak.
  5. Masukkan daging dan gaul rata.
  6. Masukkan santan dan kerisik, kacau tanpa henti dengan api yang kecil.
  7. Tambah air asam jawa, gula melaka, daun kunyit dan kacau hingga kering.
  8. Bila rendang sudah kering, baru tambah garam secukup rasa.
  9. Hidangkan dan sedia dinikmati.

RENDANG TOK