ROTI SARDIN CELUP TEPUNG
By Kak Wan @ Wan Resipi

BAHAN-BAHAN:
1 bungkus Roti Sandwich
1 tin besar Sardin/Mackerel
8-10 tangkai Cili Padi, hiris 
1 biji Bawang Holland, hiris bulat
2 ulas Bawang Putih, cincang
1 biji Limau Kasturi
Sedikit Garam

PENYEDIAAN:
  1. Tumis bawang putih, bawang holland dan cili padi hingga layu.
  2. Masukkan sardin dan sosnya, hancurkan isinya.
  3. Masukkan garam dan jus limau, masak hingga hampir kering.

BANCUHAN TEPUNG:
1 cawan Tepung Gandum
1/4 cawan Tepung Beras
1/4 cawan Tepung Jagung
1/4 sudu kecil Serbuk Kunyit
1 sudu kecil Garam
2 sudu besar Minyak Panas
1 1/2 cawan Air
1 tangkai Daun Kuchai (optional) hiris

PENYEDIAAN:
Bancuh semua bahan hingga sebati, tidak terlalu cair atau pekat.

PELEKAT: 2 sudu besar Tepung Gandum, larutkan dengan sedikit air


CARA MEMBUATNYA:
  1. Canai roti hingga nipis. Sapu pelekat di sekelingnya.
  2. Letak inti dan gulung. Tekan hujungnya supaya tak terbuka.
  3. Celup roti dalam bancuhan tepung.
  4. Goreng hingga kuning keemasan.

ROTI SARDIN CELUP TEPUNG