Ke UK England menikmati hidangan Fish & Chips yang di gemari di seluruh dunia, inspirasi dari hidangan terkenal ini, saya jadikan Sandwich yang lazat mengandingkannya bersama MISSION NAN, ini adalah hidangan pagi hingga ke malam yang sangat mengenyangkan.  Jika travel ke England memang kita asyik lapar saja kerana cuaca yang sejuk, jadi sandwich ini adalah pilihan terbaik untuk di nikmati kerana bahan2 nya senang di cari mudah di sediakan dan halal :D

UK FISH & CHIPS NANWICH
By Kak Wan @ Wan Resipi

BAHAN-BAHAN
2 keping MISSION NAN
100 gm Kentang Fries goreng
2 keping Fillet Ikan goreng
2 keping Daun Salad
1 biji Tomato, hiris
1 batang Timun, hiris
1 sudu kecil Serbuk Lada Hitam
1 biji Lemon

PENYEDIAAN
  1. Panaskan MISSION NAN dalam Microwave sebentar.
  2. Sapu kepingan NAN dengan Tartar Sos.
  3. Susun daun salad, tomato dan fillet ikan.
  4. Di ikuti hirisan timun dan kentang fries.
  5. Tabur serbuk lada hitam secukupnya.
  6. Picit sos Tartar dan sos Cili.
  7. Letak sekeping lagi NAN di atas dan tekan sedikit.
  8. Potong dan hidang.
  9. Sedia di nikmati. bersama Sos Tartar dan perahan jus lemon.

TARTAR SOS
300 gm Mayonis 
30 gm Jeruk Zaitun hijau
1 biji Bawang Besar
3 ulas Bawang Putih
2 sudu makan Daun Parsley 
1 sudu makan jus Limau Kasturi 
1 sudu makan Gula Perang 
1 sudu kecil serbuk Blackpepper 
1/2 sudu kecil garam

PENYEDIAAN
  1. Cincang halus, jeruk zaitun, bawang besar, bawang putih dan daun parsley.
  2. Gaul bersama Mayonis, tambah garam, gula, blackpepper dan jus limau.
  3. Gaul rata dan sedia di hidang bersama fish & chips.
  4. Untuk tekstur yang halus, blend sos sebentar.

UK FISH & CHIPS NANWICH