PUDING MANGA SAGU BERSANTAN
By Kak Wan @ Wan Resipi

BAHAN-BAHAN
1 cawan Sagu kecil
5 cawan Air untuk merebus
1 cawan Santan pekat
Secubit Garam
2 biji potongan Manga untuk topping

PURI MANGA- Kisar
2 biji Manga
2 sudu besar Susu Pekat Manis


CARANYA:
  1. Panaskan santan dan garam. Simpan dalam peti sejuk.
  2. Rebus air hingga mendidih.
  3. Masukkan sagu dan sentiasa kacau supaya tidak melekat.
  4. Masak hingga sagu menjadi jernih.
  5. Tutup api dan biar selama 15 minit.
  6. Tapis sagu dan siram dengan air untuk buang kanjinya.
  7. Untuk hidangan, masukkan puri mangga dalam gelas, sago dan tuang santan.
  8. Letak potongan manga untuk topping.
  9. Sedia di nikmati.

PUDING MANGA SAGU BERSANTAN