TART WAFER
By Kak Wan @ Wan Resipi

BAHAN-BAHAN:
280 gm Mentega Tawar
120 gm Gula Caster
50 gm Creamy Peanut Butter
270 gm Tepung Gandum
20 gm Tepung Beras
120 gm Tepung Jagung
Secubit Garam

FILLING:
2 bungkus BISKUT WAFER MUNCHY'S

SAPUAN: Kuning telur di campur sedikit pewarna kuning
Badam cincang untuk Taburan
CARA-CARA:
  1. Ayak tepung gandum, tepung beras dan tepung jagung.
  2. Gaul butter, gula, secubit garam dan peanut butter hingga sebati.
  3. Masukkan tepung yang di ayak, sedikit2 hingga menjadi doh yang lembut.
  4. Masukkan ke dalam acuan samperit dan picit sepanjang 1 1/2 inci.
  5. Oles kuning telur supaya wafer melekat.
  6. Letak sebiji kiub wafer dan balut hingga menutupinya.
  7. Oles sedikit kuning telur dan tabur dengan badam cincang.
  8. Oven pada suhu 160'C selama 15 - 20 minit.
  9. Sejukkan dahulu sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.

BISKUT TART WAFER