PAI TEE AYAM ENOKI KRISPI
by Kak Wan @ Wan Resipi

KULIT PAI TEE

3/4 cawan Tepung Gandum
3/4 cawan Tepung Beras 
1/4 cawanTepung Jagung
2 cawan Air
1 biji Telur
1/2 sudu teh garam
1 sudu kecil Air Kapur

CARANYA:
  1. Campur semua bahan kulit dalam mangkuk adunan.
  2. Tapis dan bahagikan kepada 2 mangkuk berasingan,.
  3. Satu bahagian untuk membuat kulit pai tee.
  4. Satu bahagian untuk membuat bancuhan Enoki.
  5. Panaskan minyak dan acuan pai tee, celup ke dalam bancuhan dan goreng hingga keperangan.Angkat dan Toskan.  
  6. Simpan dalam bekas kedap udara hingga hendak di gunakan.

CARA MEMBUAT ENOKI KRISPI:
  1. Campurkan satu bahagian bancuhan tepung dan cili cincang.
  2. Cendawan Enoki di carik kecil, tanpa memotong panggalnya.
  3. Celup ke dalam bancuhan tepung dan goreng hingga krispi.
  4. Angkat dan toskan.

BAHAN INTI AYAM
100 gm Isi Ayam cincang
1/4 cawan Bawang Besar, cincang
1 sudu besar Bawang Putih Cincang
1/4 cawan hirisan Carrot
1/4 cawan Jagung Manis
1/4 cawan Kacang Peas
2 sudu kecil Kicap Cair
1/2 sudu kecil Garam
1 sudu kecil Serbuk Lada Putih  
Minyak untuk menumis.

CARANYA:
  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar hingga keperangan.
  2. Masukkan isi ayam, goreng hingga isi ayam masak.
  3. Masukkan carrot, jagung dan kacang peas.
  4. Perasakan dengan garam, kicap cair dan serbuk lada putih.
  5. Goreng sebentar, angkat dan tapis airnya.

CARA HIDANGAN:
Masukkan enoki krispi ke dalam kulit pai.
Isikan inti ayam hingga penuh.
Garnish dengan daun ketumbar


PAI TEE AYAM ENOKI KRISPI