CUCUR GULA MERAH
By Kak Wan @ Wan Resipi

BAHAN-BAHAN
150 gm Tepung Beras
150 gm Tepung Gandum 
200 gm Gula Merah CHEK HUP 
50 gm Gula Pasir
400 ml Air
1 helai Daun Pandan, simpulkan 
1/4 sudu teh Garam

CARANYA:
  1. Masak gula merah, gula, air dan daun pandan hingga mendidih dan gula larut.
  2. Biarkan sirap gula suam dahulu.
  3. Satukan tepung beras, tepung gandum dan garam.
  4. Tuang sedikit2 sirap gula ke dalam tepung dan whisk hingga sebati.
  5. Tapis ke dalam mangkuk dan tutup dengan kain atau plastik wrap.
  6. Rehatkan selama 1 jam.
  7. Panaskan 2 sudu besar minyak dalam kuali kecil yang melengkung.
  8. Tuang 1 sendok kecil adunan dan goreng dengan api sederhana kecil.
  9. Bila adunan berserat, siram2 kan atasnya dengan minyak.
  10. Angkat dan toskan.
Nota:  
Aduk2 adunan setiap kali menuang ke kuali.
Tambah 1 sudu besar minyak setiap kali selepas menggoreng.
Goreng dalam minyak panas dengan api yang kecil.


CUCUR GULA MERAH