ONDEH-ONDEH BUAH NAGA
By Kak Wan @ Wan Resipi

BAHAN-BAHAN
1/2 biji Buah Naga, kisar halus
2 cawan Tepung Pulut
1/4 sudu teh garam
1 keping gula melaka - potong kiub kecil
Kelapa parut muda - Kukus sebentar + garam

Air secukupnya untuk merebus

CARANYA:
  1. Gaulkan isi buah naga, tepung pulut dan garam.
  2. Uli hingga menjadi doh yang tidak melekat di jari.
  3. Ambil doh sebesar ibujari, masukkan satu kiub gula melaka, bulatkan.
  4. Masak air hingga mendidih.
  5. Rebus hingga doh terapung.
  6. Tos dan golekkan di atas parutan kelapa.

ONDEH-ONDEH BUAH NAGA