SCHEZUAN DUMPLINGS SOUP
By Kak Wan @ Wan Resipi

BAHAN-BAHAN:
Dumpling (Siap guna) di kukus
1/4 cawan Gula Perang
3 sudu besar Kicap Cair
1/2 sudu besar Cuka Hitam
2 sudu besar Cili Oil
1 sudu besar Sos Hoisin
2 sudu kecil Minyak Bijan
2 sudu kecil Bawang Putih cincang
1 sudu kecil biji lada Szechuan kisar
1 sudu kecil serbuk Halia 
1/4 sudu kecil Garam
2 1/2 cawan air rebusan Ayam atau Stok Ayam
2 tangkai Daun Bawang, hiris

Spaghetti atau Mee


CARANYA:
  1. Satukan gula, kicap, cuka, minyak cili, hoisin, minyak bijan, bawang putih, lada Szechuan, serbuk halia dan garam sehingga sebati.
  2. Seterusnya, masukkan air rebusan ayam ke dalam periuk. 
  3. Tuang bancuhan sos tadi, kacau hingga sebati.
  4. Masak sup di atas api sederhana hingga mendidih.
  5. Kecilkan api, reneh hingga kuah berkurang kira-kira satu pertiga, kacau sekali-sekala.
  6. Tuang sup di atas dumpling dan atasnya tabur hirisan daun bawang.
  7. Hidang bersama Spageti atau Mee.

SCHEZUAN DUMPLINGS SOUP