TALAM SERIKAYA LABU
By Kak Wan @ Wan Resipi

LAPISAN BAWAH:

250 gm beras Pulut - di rendam 2 jam, toskan
100 ml Santan Pekat
150 ml Air
1/2 sudu teh Garam 
1 helai Daun Pandan

CARANYA:
  1. Lapisan bawah di gaul rata dan di kukus selama 25 minit.
  2. Masukkan ke dalam loyang 7 in, tekan rata dan padatkan.
  3. Letak parutan labu dan kukus selama 10 minit.

LAPISAN ATAS:
6 biji Telur Ayam (Grade A)
250 gm Gula Melaka, hancurkan
200 ml Santan pekat
1/4 sudu teh Garam
2 cawan Labu yang di sagat
2 helai Daun Pandan

Loyang 7 in (di alas plastik tahan panas)

CARANYA:
  1. Masak gula melaka, daun pandan dan sedikit air hingga larut.
  2. Sejukkan dahulu, keluarkan daun pandan.
  3. Pecahkan telur ke dalam bekas, masuk santan dan garam.
  4. Tuang gula melaka dan kocok ringan hingga sebati.
  5. Tapis dan tuang ke atas lapisan bawah.
  6. Tabur labu hingga rata.
  7. Kukus selama 30 minit hingga masak.
  8. Sejukkan sebelum di potong.

TALAM SERIKAYA LABU