ENOKI BLOSSOM POPIA
By Kak Wan @ Wan Resipi

BAHAN-BAHAN
4 paket Cendawan Enoki
1 paket Kulit Popia KAWAN FOOD 7.5 in
1 paket Nori Seaweed
2 biji Telur, kocok ringan
Minyak untuk menggoreng

Bahan Salutan Tepung (satukan dan gaul rata)
1/2 cawan Tepung Gandum
1/2 cawan Tepung Jagung
1 sudu besar Tepung Beras
1 sudu teh Baking Soda
1 sudu teh serbuk Bawang Putih
1 sudu teh serbuk Lada Putih

Bahan Pelekat : Sebatikan
2 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar air

CARANYA: 
  1. Potong pangkal cendawan, siram air dan keringkan di atas tisu dapur.
  2. Kulit Popia dan kulit Seaweed di lipat dua dan potong bentuk segi tiga.
  3. Ambil sekeping kulit popia, sapu dengan bahan pelekat.
  4. Lekatkan kulit seaweed di atasnya.
  5. Pecahkan telur dan masukkan sedikit garam.
  6. Ambil segengam cendawan, celup ke dalam telur.
  7. Kemudian salut dengan bahan salutan tepung hingga rata.
  8. Letak cendawan di atas kepingan kulit popia seaweed.
  9. Gulung rapi dan lekatkan tepi nya dengan pelekat supaya tidak terbuka.
  10. Panaskan minyak dan goreng hingga enoki kembang dan garing.
  11. Angkat dan hidangkan dengan sos cili.

ENOKI BLOSSOM POPIA