BIHUN SUP IKAN GORENG ALA NYONYA
By Kak Wan @ Wan Resipi

BAHAN-BAHAN
2 keping Ikan Merah / Siakap, di potong
1 cawan Tepung Goreng (Bestari)
1 biji Telur, kocok ringan
3 hiris Halia
1 biji Tomato, belah 6
1 sudu makan Ikan Bilis
2 cawan Air
1 cawan Susu Sejat
2 biji buah Sour Plum
1 sudu Sawi Jeruk. cincang
Gula, garam dan serbuk lada putih 

Bihun di rendam air panas dan toskan.
Bawang Goreng dan Daun Bawang
Taugeh, jika suka

CARANYA:
  1. Celup kepingan ikan dalam telur dan salut dengan tepung goreng.
  2. Goreng hingga keperangan, angkat dan ketepikan.
  3. Panaskan sedikit minyak, tumis ikan bilis dan halia hingga naik bau.
  4. Masukkan air, tomato. sawi jeruk dan buah sour plum.
  5. Perasakan dengan gula, garam dan serbuk lada secukupnya.
  6. Bila mendidih, tutup api dan masukkan susu sejat. Kacau rata.
  7. Letak ikan goreng di atas bihun, tuang sup.
  8. Tabur bawang goreng dan daun bawang.

BIHUN SUP IKAN GORENG NYONYA