COLEK CUCUR UDANG
By Kak Wan @ Wan Resipi

BAHAN CUCUR
2 cawan Tepung Gandum
1 1/4 cawan Air atau secukupnya
1 biji Telur
1 sudu kecil Yis segera
1 cawan Udang Kecil
1 cawan Taugeh
2 tangkai Daun Kuchai, potong
1 labu Bawang Besar, hiris  
2 tangkai Cili Merah, hiris
2 sudu teh Garam
1 sudu teh Serbuk Kunyit

SOS CILI
8 tangkai Cili Kering, rendam air panas
4 ulas Bawang Putih
2 cm Belacan - dibakar dahulu
3 sudu besar Sos Cili
3 keping Gula Nise / Melaka
1 cawan Air Asam Jawa
1 cawan Air
1 sudu kecil Garam
2 sudu besar bancuhan Tepung Jagung

SAMPINGAN
Timun
Sengkuang
Nanas
Tauhu Goreng

CARANYA:
  1. Bancuh tepung, air, telur, serbuk kunyit, garam dan yis hingga sebati.
  2. Tutup dengan plastik wrap dan rehatkan 20 minit biarkan adunan berbuih.
  3. Masukkan udang, sayur, bawang dan cili hiris.  Gaul Sebati.
  4. Panaskan minyak dan goreng hingga keperangan.
  5. Untuk Sos Cili, kisar cili, bawang putih, belacan dengan air hingga halus.
  6. Masuk ke dalam periuk bersama air asam jawa, gula melaka, sos cili dan garam.  
  7. Masak hingga mendidih dan tuang bancuhan tepung jagung.
  8. Masak hingga sos sederhana pekat.
  9. Hidang cucur dengan bahan sampingan dan sos cili.

COLEK CUCUR UDANG