By Kak Wan @ Wan Resipi
BAHAN LAPISAN PANDAN
1 cawan Tepung Beras
3 cawan Air
2 cawan Jus pandan (10 helai Daun Pandan + 2 1/2 cawan air), kisar dan tapis
1 sudu teh Air Kapur
1/4 sudu teh Garam
1/4 sudu teh Pewarna Hijau
1/3 cawan Gula Kundur, di cincang kecil
BAHAN LAPISAN SANTAN
4 sudu besar Tepung Beras (ratakan)
1 kotak kecil Santan (250ml)
2 cawan Air
1 sudu teh Garam
SIRAP GULA MERAH
1 cawan Gula Merah
1/4 cawan Air
CARANYA:
- Satukan bahan lapisan pandan dan bancuh hingga sebati.
- Tapis ke dalam periuk, masak hingga pekat, licin dan berkilat.
- Masukkan gula kundur cincang dan gaul rata.
- Tuang lapisan pandan 3/4 penuh ke dalam acuan. Ketepikan.
- Satukan bahan lapisan santan dan bancuh hingga sebati.
- Tapis ke dalam periuk dan masak hingga adunan pekat.
- Angkat dan tuang ke atas lapisan hijau.
- Untuk sirap, masak gula merah dan air hingga mendidih.
- Biarkan sejuk sebelum di tuang ke atas lapisan santan.
PUDING PANDAN KUNDUR GULA MERAH