SUP TULANG MUDAH
By Kak Wan @ Wan Resipi

BAHAN-BAHAN:
500 gm Tulang Lembu
3-liter Air
2 biji Bawang Merah, hiris
5 ulas bawang putih, hiris
2 inci Halia, hiris
2 keping kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
1 sudu kecil Serbuk Perasa Lada Hitam 
1 sudu kecil Serbuk Perasa Lada Putih 
1 paket kecil Rempah Sup atau Rempah Kurma
4 biji ubi kentang - potong kasar
1 batang carrot - potong kasar
2 biji Tomato, belah 4

GARNISH:
3 pokok Daun Ketumbar/Daun Sup, Bawang goreng

PENYEDIAAN:
  1. Bawang merah, bawang putih dan halia di sangai tanpa minyak hingga kekuningan.
  2. Masukkan ke dalam pengisar dan kisar halus.
  3. Didihkan air, rebus tulang sebentar.
  4. Angkat, buang air rebusan pertama. (untuk buang lemak berlebihan)
  5. Masukkan 3 liter air ke dalam periuk dan tulang tadi.
  6. Rebus selama 1 jam atau 30 minit menggunakan periuk tekanan.
  7. Bila tulang empuk, masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga.
  8. Masukan bahan kisar dan rempah sup.
  9. Biarkan sup mendidih, Masukkan ubi kentang dan carrot.
  10. Reneh hingga masak. Perasakan dengan garam serbuk lada hitam dan putih.
  11. Tabur hirisan Daun sup dan bawang goreng.

SUP TULANG MUDAH