JAGUNG PANGGAN BERKEJU
dengan SOS BAWANG PUTIH
By Kak Wan @ Wan Resipi

BAHAN-BAHAN
2 batang Jagung
1 sudu makan Minyak Sayur
1 sudu kecil Serbuk Cili 
1/2 sudu kecil Garam
2 sudu makan serbuk Keju PARMESAN
1 sudu makan Daun Parsley cincang
1 biji Limau Nipis
1 sudu makan Mentega

CARANYA:
  1. Microwave atau rebus jagung selama 5 minit untuk melembutkan nya.
  2. Belah jagung kepada 8 kepingan kecil setiap satu dengan empulurnya.
  3. Letak jagung dalam dulang pembakar, Renjis dan gaul dengan minyak hingga rata.
  4. Tabur garam, serbuk cili dan keju parmesan.
  5. Panggang atau Air Fryer suhu 200C selama 8-10 minit dan balik2 kan setiap 2 minit.
  6. Bila masak oles dengan mentega dan tabur daun parsley cincang.

SOS BAWANG PUTIH
7 ulas Bawang Putih
1 Putih Telur
2/3 cawan Minyak Sayur
1 sudu makan Jus Limau Nipis
1/2 sudu kecil Garam

CARANYA:
  1. Blend putih telur dan bawang putih hingga halus.
  2. Masukkan minyak sedikit2 dan kisar hingga sos menjadi pekat.
  3. Masukkan garam dan jus limau, kisar hingga sebati.

JAGUNG PANGGANG BERKEJU