MEE REBUS JAWA
By Kak Wan @ Wan Resipi

BAHAN-BAHAN
1 kg Mee Kuning - celur dan tos
200 gm Daging, di hiris
Taugeh - di celur
4 biji Telur Rebus
2 keping Tauhu Goreng
Daun Sup - hiris
Cili merah dan Hijau - hiris
Bawang Goreng

BAHAN KUAH
1/2 kg Keledek Oren - Rebus dan kisar halus
5 biji Bawang Merah *
3 ulas Bawang Putih *
3 batang Serai - ambil putih sahaja *
2 hiris Halia *
2 hiris Lengkuas *
1/4 cawan Udang Kering *
2 sudu besar Cili kisar
3 sudu besar Serbuk Kari Daging
2 sudu besar Sos Tomato
1 liter Air Rebusan Daging 
1 sudu kecil Serbuk Lada Hitam Berperisa AJI-SHIO
Garam dan gula secukupnya


CARANYA:
  1. Rebus Daging hingga empuk. Angkat dan hiris nipis.  
  2. Simpan air rebusannya untuk kuah.
  3. Kisar bahan bertanda * hingga halus. 
  4. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi.
  5. Masukkan cili kisar dan serbuk kari dan kacau hingga naik minyak.
  6. Masukkan air rebusan, daging hiris, sos tomato dan keledek kisar.
  7. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk lada hitam AJI-SHIO secukupnya.  
  8. Masak hingga mendidih dan kuah hampir pekat.
  9. Hidang mee bersama kuah, taugeh, telur, tauhu, daun sup, cili dan bawang goreng.

MEE REBUS JAWA