TERESEK JANTUNG PISANG KELANTAN
By Kak Wan @ Wan Resipi

BAHAN-BAHAN:
2 biji Jantung Pisang
500 gm Keropeh Ayam (campuran isi, leher, kepak, hati dan pedal)  potong kecil
2 kotak Santan KARA (400 ml)
2 cawan Air
3 sudu makan Rempah Kari Ayam (Cap Orang Terbang)
2 sudu makan Kerisik
2 keping Asam Keping
2 sudu kecil Garam
1 sudu makan Budu
1/2 Keping Nisan (Gula Melaka)
1 biji Bawang Holland, potong bulat


BAHAN KISAR:
1 biji Bawang Besar atau 6 ulas Bawang Merah
2 ulas Bawang Putih
2 hiris Halia
2 hiris Lengkuas
1 hiris Kunyit
2 sudu teh Biji Ketumbar
8 tangkai Cili Padi

CARA MEMASAK:
  1. Buang kulit luar jantung pisang, ambil bahagian dalam yang lembut.
  2. Hiris nipis dan rendam dalam air garam.  
  3. Toskan dan bilas beberapa kali dan di ramas.
  4. Dalam periuk, masukkan bahan kisar dan rempah kari.
  5. Gaul rata dan masukkan air dan keropeh ayam.
  6. Masak hingga keropeh ayam empuk.
  7. Masukkan santan, asam keping dan nisan.
  8. Bila mendidih, masukkan jantung pisang.
  9. Tambah budu, kerisik, garam dan perasa secukupnya.
  10. Masak hingga jantung pisang lembut.
  11. Akhir sekali masukkan bawang holland hiris.

 TERESEK JANTUNG PISANG KELANTAN