BINGKA UBIKAYU GULA MERAH
By Kak Wan @ Wan Resipi

BAHAN-BAHAN
4 cawan Ubikayu parut
1 cawan Santan Pekat
1 cawan Gula Merah
1/4 cawan Gula Pasir
1 cawan Air
1/2 sudu kecil Garam

Loyang 8 inci, di oles marjerin

CARANYA:
  1. Masak gula merah, gula pasir dan air hingga larut dan tapis.
  2. Gaul ubikayu dengan santan dan garam.  Masukkan air gula merah, gaul rata.
  3. Tuang dan ratakan dalam loyang.  Oven suhu 200C selama 45-50 minit api atas dan bawah.
  4. Keluarkan dari oven, oles marjerin cair dan oven selama 8 minit untuk permukaan lebih garing.

BINGKA UBIKAYU GULA MERAH