LEMPENG UBIKAYU 
By Kak Wan @ Wan Resipi

BAHAN-BAHAN
2 cawan Ubikayu Parut
1 cawan Kelapa Parut
1 cawan Air
2 sudu makan Mentega  cair
2 sudu besar Tepung Pulut
1/2 sudu teh Garam

CARANYA:
  1. Satukan kesemua bahan, gaul rata. 
  2. Masukkan air sedikit sedikit hingga menjadi adunan yang lembut, tidak pekat atau cair.
  3. Oles non-stick pan dengan sedikit minyak.
  4. Ratakan lempeng dan masak dengan api perlahan.
  5. Terbalikan hingga masak di kedua belah.
  6. Hidang dengan sambal tumis pedas atau manis.

LEMPENG UBIKAYU