LEPAT UBIKAYU KACANG MERAH
By Kak Wan @ Wan Resipi

BAHAN-BAHAN
1/2 kg Ubikayu parut
1 cawan Gula Pasir
1/2 cawan Santan pekat
1/2 sudu teh Garam
1/2 cawan Kacang Merah rebus

Daun pisang untuk membungkus

CARANYA:
  1. Masak santan hingga mendidih. Masukkan gula dan garam, kacau rata.
  2. Tutup api, masukkan ubikayu dan gaul sebati. 
  3. Sudukan ke atas daun pisang dan letak kacang merah di atasnya.
  4. Bungkus dan kukus selama 15 minit atau hingga masak.

LEPAT UBIKAYU KACANG MERAH