APAM BALIK ECLAIR
By Kak Wan @ Wan Resipi (Citarasawan)

BAHAN-BAHAN:
250 ml Air
1/2 sudu kecil Gula
1/2 sudu kecil Garam
100 gm Marjerin
150 gm Tepung Roti (High Protein)
4 biji Telur B
Gula Aising untuk taburan

CARANYA:
  1. Masukkan susu, air, gula, garam dan mentega ke dalam periuk.
  2. Masak hingga mendidih dan mentega larut, tutup api, masukkan tepung.
  3. Gaul segera hingga menjadi segumpal doh. Buka api kecil dan kacau hingga mendapat lapisan nipis putih di dasar periuk. Tutup api.
  4. Masukkan doh ke dalam mixer dan putar kelajuan rendah hingga wapnya hilang.
  5. Masukkan telur secara bertahap, sebatikan telur dan adunan dulu sebelum di masukkan telur seterusnya. Putar sebati, doh tidak terlalu cair atau pekat, bentuk V bila di angkat dari spatula.
  6. Tutup permukaan doh dengan plastik wrap dan simpan dalam peti sejuk selama 1 jam.
  7. Panaskan ketuhar pada 200C. Masukkan doh ke dalam piping bag yang dipasang muncung nozzle besar. Paipkan doh sepanjang 2 inci di atas eclair mat atau baking paper.
  8. Taburkan sedikit gula aising di atasnya supaya doh tidak merekah bila di bakar.
  9. Masukkan ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan, di rak tengah. Oven selama 15 minit.
  10. Turunkan suhu pada 175C dan oven selama 15 minit lagi atau hingga berwarna perang keemasan.
  11. Jangan buka pintu ketuhar semasa membakar kerana ia akan kempis.
  12. Keluarkan dari ketuhar dan sejukkan, sebelum diisi filling.
  13. Potong bahagian atas eclair, masukkan jagung manis (creamy), Tutup semula bahagian atas.
  14. Paipkan krim mentega kacang, tabur crumble kacang dan kacang tanah cincang.  Ganish dengan potongan Jagung Manis.

KRIM MENTEGA KACANG:
120 ml Susu Full Cream
20 gm Sirap Glucose
3 gm Serbuk Gelatin
15 gm Air
170 gm White Chocolate Van Houten
80 gm Peanut Paste / Peanut Butter (Halus)
250 gm UHT Whipping Cream
2 gm Garam

140ml Non-Dairy Whipping Cream

CARANYA:
  1. Rendam serbuk gelatin dan air hingga kembang.
  2. Satukan coklat putih, pes kacang dan garam dalam mangkuk besar.
  3. Panaskan susu dan glucose hingga berbuih di tepi periuk. Masukkan gelatin, kacau hingga larut.
  4. Tuang ke dalam campuran coklat dan biarkan selama 30 saat hingga coklat lembut, kisar menggunakan hand blender hingga halus, Masukkan UHT Whipping Cream, kacau sebati.
  5. Tutup dan simpan dalam peti sejuk semalaman.
  6. Putar 140 gm Non-Dairy Whipping Cream hingga kental. Kaup balik dengan 200 gm krim mentega kacang.  Isikan dalam piping bag.

CRUMBLE KACANG:
100 gm Tepung Gandum
30 gm Peanut Butter
40 gm Gula Perang
70 gm Unsalted Butter
Secubit Garam

CARANYA:
Gaul semua bahan dengan hujung jari hingga menjadi crumble. Oven selama 15 minit pada suhu 160C hingga keemasan. Angkat dan sejukkan.


APAM BALIK ECLAIR