PISANG KARAMEL ECLAIR
By Kak Wan @ Wan Resipi (Citarasawan)

BAHAN-BAHAN:
250 ml Air
1/2 sudu kecil Gula
1/2 sudu kecil Garam
100 gm Marjerin
150 gm Tepung Roti (High Protein)
4 biji Telur B
Gula Aising untuk taburan

GARNISH:  Pisang potong bulat, Gula Pasir

CARANYA:
  1. Masak air, gula, garam dan mentega hingga mendidih dan mentega larut.
  2. Tutup api, masukkan tepung. Gaul segera hingga menjadi segumpal doh. 
  3. Buka api kecil dan kacau hingga mendapat lapisan nipis putih di dasar periuk. Tutup api.
  4. Masukkan doh ke dalam mixer dan putar kelajuan rendah hingga wapnya hilang.
  5. Masukkan telur secara bertahap, sebatikan telur dan adunan dulu sebelum di masukkan telur seterusnya. Putar sebati, doh tidak terlalu cair atau pekat, bentuk V bila di angkat dari spatula.
  6. Tutup permukaan doh dengan plastik wrap dan simpan dalam peti sejuk selama 1 jam.
  7. Panaskan ketuhar pada 200C. Masukkan doh ke dalam piping bag yang dipasang muncung nozzle besar. 
  8. Paipkan doh sepanjang 2 inci melengkung di atas eclair mat atau baking paper.
  9. Taburkan sedikit gula aising di atasnya supaya doh tidak merekah bila di bakar.
  10. Masukkan ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan, di rak tengah. Oven selama 15 minit.
  11. Turunkan suhu pada 175C dan oven selama 15 minit lagi atau hingga berwarna perang keemasan.
  12. Jangan buka pintu ketuhar semasa membakar kerana ia akan kempis.
  13. Keluarkan dari ketuhar dan sejukkan, sebelum diisi filling.
  14. Potong bahagian atas eclair, isikan krim pisang karamel, ratakan.
  15. Atur hirisan pisang di atasnya dan tabur sedikit gula pasir.  Bakar dengan blow torch.

KRIM PISANG KARAMEL:
2 biji Pisang, potong dadu
60 gm Gula Pasir
100 ml UHT Whipping Cream
25 gm Mentega

CARANYA:
Masak gula hingga menjadi karamel, masukkan mentega dan whipping cream.  Kacau hingga sebati, masukkan pisang, gaul rata.  Sejukkan.


PISANG KARAMEL ECLAIR