MATCHA CARAMEL PUDDING CAKE
By Kak Wan @ Wan Resipi (Citarasawan)

BAHAN KARAMEL:
4 sudu besar Gula Pasir

Tabur gula ke dalam loyang 8 inci.  Masak dengan api kecil hingga menjadi karamel.

BAHAN KASTARD:
1 tin Susu Sejat
80 gm Gula Halus
1 sudu teh Esen Vanilla
3 Kuning Telur
2 biji Telur

Satukan bahan kastard, whisk hingga sebati. Tapis dan isikan ke dalam loyang berisi karamel tadi. Ketepikan.  Sediakan kek.

BAHAN KEK:
140 gm Tepung Gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar Serbuk Matcha
70 gm Gula Halus
3 Kuning Telur
135 ml Air
45 ml Minyak Masak

BAHAN MERINGUE:
6 Putih Telur
70 gm Gula Halus 
1 sudu teh Cream of Tartar


CARANYA:
  1. Ayak tepung, serbuk matcha dan baking powder.
  2. Pukul telur kuning, air, minyak dan gula hingga sebati. 
  3. Masukkan tepung yang di ayak sedikit2, putar perlahan hingga adunan sebati.
  4. Putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula dan cream of tartar. 
  5. Putar hingga kembang dan bertanduk.  Kaup balik ke dalam adunan tepung hingga sebati.
  6. Sudukan adunan kek ke atas permukaan kastard hingga penuh.  Adunan kek akan terapung.
  7. Ratakan dengan sudu supaya adunan merata. 
  8. Panaskan oven pada suhu 180c selama 10 minit. 
  9. Bakar dengan kaedah double boiler selama 40 minit. pertama menggunakan api bawah sahaja. 
  10. Tukar kepada api atas dan bawah dan bakar selamat 15 minit lagi hingga masak.
  11. Biarkan kek sejuk dahulu, kemudian terbalikkan perlahan2.
  12. Simpan di dalam peti sejuk sebelum di hidang.

MATCHA CARAMEL PUDDING CAKE