MASAK LEMAK KERANG SAYUR CAMPUR
By Kak Wan @ Wan Resipi

BAHAN-BAHAN:
600 ml Santan Sederhana pekat
2 keping Tauhu Goreng, potong dadu
150 gm Taugeh
100 gm Pucuk Paku
100 gm Isi Kerang
3 ulas Bawang Merah
2 ulas Bawang Putih
1 tangkai Cili Merah
1/2 sudu kecil Garam
1 sudu kecil Lada Hitam, di tumbuk
1 sudu kecil Serbuk Lada Putih

PENYEDIAAN:
  1. Hiris bawang merah dan bawang putih.
  2. Masuk ke dalam periuk bersama santan, lada hitam dan cili merah.
  3. Masukkan pucuk paku, masak hingga mendidih,
  4. Masukkan isi kerang, tauhu dan taugeh.
  5. Perasakan dengan garam dan serbuk lada putih.
  6. Tutup api, biarkan taugeh lembut dengan haba di dalam periuk.

MASAK LEMAK KERANG SAYUR CAMPUR