Udang Petai Hawflakes Masam Manis
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
100 gm udang, buang kulit, tinggalkan ekornya
100 gm isi petai
3 tangkai cili padi, tumbuk kasar
1/2 labu bawang holand, potong kasar
2 tangkai daun bawang, potong pendek
4 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar cuka
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
4 keping hawflakes, cincang
2 sudu besar madu
1 1/2 cawan air
1 sudu besar bancuhan air tepung jagung
Minyak untuk menumis

Cara-cara :
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali.
  2. Tumis sebentar potongan bawang dan daun bawang.
  3. Tambahkan sos cili, cili tumbuk dan sos ikan, kacau rata.
  4. Masukkan air, hawflakes, gula, garam dan madu.
  5. Bila mendidih, masukkan petai dan masak seketika.
  6. Kemudian masukkan udang dan cuka.
  7. Tambahkan bancuhan tepung jagung dan masak hingga kuah nampak sedikit pekat.


Udang Petai Hawflakes Masam Manis