Seafood Kukus Kari Merah Thai
By Kak Wan @ Resipicitarasawan
Bahan-bahan
500 gm seafood campuran (udang, sotong, isi ketam/crabstick)
3 sudu besar pes kari merah thai *
1/4 cawan santan kotak
1 sudu besar tepung beras
2 biji telur, kocok ringan
3 sudu besar sos ikan
1 sudu kecil gula
Sedikit garam dan serbuk lada putih
1 cawan hirisan kobis
Daun selasih Thai
Hiasan : Daun limau purut, hiris halus dan cili merah
Daun pisang, potong bulat 6 keping, layur api
Lidi pencucuk
Buat kotak daun pisang, lapiskan 2 keping daun, lipat 4 penjuru dan semat dengan lidi.
8 tangkai cili kering
2 tangkai cili merah, potong kecil
1 sudu kecil hirisan daun limau purut
3 hiris lengkuas, ketuk
1 batang serai, ambil bahagian putih, hiris
3 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 sudu kecil belacan
1/2 sudu teh jintan halus
1/2 sudu teh biji ketumbar
Cara-cara :
Cili kering buang biji dan rendam dalam air panas hingga lembut. Toskan
Masukkan semua bahan pes kari ke dalam pengisar dan kisar halus.
Ketepikan 3 sudu besar untuk adunan. *
Satukan pes kari, seafood dan telur, gaul rata.
Tambahkan sos ikan, gula, sedikit serbuk lada putih dan garam.
Masukkan tepung beras dan gaul rata.
Letak hirisan kobis dan daun selasih dalam kotak daun pisang.
Sudukan adunan seafood hingga penuh.
Akhir sekali, sudukan krim santan, tabur hirisan daun limau dan cili.
Kukus selama 25 - 30 minit hingga masak.
Krim Santan untuk Topping :
1/2 cawan santan kotak
1 sudu besar tepung beras
1/2 sudu teh garam
Satukan semua bahan krim santan, masak dengan api perlahan hingga pekat.
Seafood Kukus Kari Merah Thai